Sunday, May 3, 2015

CIRI-CIRI TAKAFUL KELUARGA

Ciri-ciri asas Takaful Keluarga adalah seperti berikut:
  1. Pelan Jangka Panjang Dengan Bayaran Sumbangan Paras

    Kontrak Takaful Keluarga adalah kontrak jangka panjang dengan bayaran sumbangan paras (level). Sumbangan dikira berdasarkan kepada beberapa faktor.

    Antara faktor-faktor yang menentukan kadar sumbangan:-

    • mortaliti
    • perbelanjaan
    • kadar pulangan pelaburan
    • cukai

    Oleh kerana kontrak ini adalah kontrak jangka panjang, Pengendali Takaful harus mengendalikan dana dengan penuh berhemah demi memastikan dana berkenaan sentiasa mencukupi untuk menampung tuntutan.

  2. Kedua-dua Pihak Mesti Mematuhi Prinsip Penuh Percaya Mutlak

    Setiap pihak yang menandatangani kontrak Takaful Keluarga perlu mempercayai sepenuhnya terhadap pihak yang satu lagi; bahawa semua representasi dan perisytiharan yang dibuat adalah benar; dan tiada pihak yang cuba untuk menipu, mengelirukan atau menyembunyikan maklumat. Setiap pihak dianggap bertindak dengan penuh percaya mutlak.

    Penyembunyian merupakan kegagalan dengan niat untuk tidak mendedahkan suatu fakta matan/ material sebelum kontrak dimuktamadkan.Sebagai contoh, kegagalan untuk mendedahkan penyakit sedia ada kepada pengunderait.Salahnyata penipuan ialah apabila seseorang secara sedar telah membuat kenyataan palsu yang berhubungan dengan fakta material. Contohnya, salahnyata tentang umur sebenar.

  3. Kontrak Aleatori

    Dalam kontrak aleatori, satu pihak menyediakan sesuatu yang bernilai kepada pihak satu lagi sebagai tukaran untuk janji pihak tersebut melaksanakan tindakan tertentu jika berlaku peristiwa yang ditetapkan.Ia adalah berdasarkan nilai tawar-menawar yang tidak setara berasaskan kepada kejadian yang mungkin berlaku pada masa depan. Peserta berpeluang untuk menerima jumlah bayaran yang lebih besar daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibayar sekiranya timbul tuntutan pada masa akan datang. Tidak seperti Takaful Am, bayaran tuntutan Takaful Keluarga ditentukan ketika permulaan kontrak. Dalam Takaful Am, iabertujuan untuk membayar gantirugi atau indemniti kepada peserta, iaitu membayar tuntutan mengikut jumlah kerugian yang dialami oleh peserta ketika berlaku musibah (tertakluk kepada had maksimum jumlah perlindungan).

  4. Kepentingan Boleh Lindung

    Kewujudan kepentingan boleh lindung adalah syarat utama sebelum kontrak Takaful Keluarga boleh dikuatkuasakan. Individu yang ingin menyertai pelan takaful keluarga hendaklah mempunyai ‘kepentingan boleh lindung’ terhadap peserta. Ia bermaksud individu berkenaan akan menanggung kerugian kewangan apabila berlaku kematian ke atas orang yang diberi perlindungan. Untuk menjelaskan perkara yang dinyatakan di atas, berikut adalah beberapa situasi dimana kepentingan boleh lindungwujud:-

    • setiap orang dikatakan mempunyai kepentingan tanpa had ke atas; hayatnya dan hayat pasangan hidupnya (suami atau isteri);
    • Ibu/bapa mempunyai kepentingan boleh lindungke atas hayat anaknya yang dibawah umur majoriti;
    • Seseorang yang memberi hutang mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat orang yang diberi hutang, tetapi hanya setakat jumlah hutang yang diberi;
    • Majikan mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat kakitangan utamanya seperti pengarah urusan atau pengurus;
    • Rakan kongsi niaga mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat lain-lain rakan kongsi, terutama jika terdapat perjanjian untuk membeli/mengambil alih bahagian rakan yang meninggal dunia.

    Kepentingan boleh lindung hanya perlu wujud pada permulaan kontrak takaful keluarga, iaitu apabila sijil takaful mula berkuatkuasa.Kontrak tersebut tidak akan batal sekiranya kepentingan boleh lindung tidak wujud semasa membuat tuntutan.

  5. Bayaran Tuntutan Akan Menamatkan Kontrak Perlindungan

    Dalam kontrak takaful keluarga, penyelesaian tuntutan akan menamatkan kontrak perlindungan. Tidak seperti kontrak takaful am, setelah peserta menerima bayaran tuntutan, kontrak takaful keluarga akan ditamatkan dengan serta merta. Kontrak takaful am tidak akan ditamatkan dengan sebab bayaran tuntutan.

  6. Kontrak Unilateral/sebelah pihak

    Takaful Keluarga adalah kontrak unilateral dimana Pengendali Takaful dan peserta mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu.Kontrak unilateral bermaksud saling bertukar janji untuk melaksanakan suatu tindakan tertentu.Peserta membayar sumbangan sebagai balasan kepada janji bahawa tuntutan pada masa hadapan akan dibayar oleh takaful. Satu-satunya tanggungjawab peserta ialah membayar sumbangan semasa kontrak masih berkuatkuasa.Dan hanya pengendali Takaful sahaja satu-satunya pihak yang boleh didakwa kerana melanggar kontrak.

    Selaras dengan prinsip ini, selagi peserta masih terus membayar sumbangan dan tidak melanggar peruntukan Seksyen 28 Akta Takaful 1984 iaitu menyembunyikan fakta-fakta penting, pengendali Takaful tidak mempunyai hak untuk membatalkan kontrak.

  7. Risiko Yang Dilindungi akan Meningkat Mengikut Masa

    Dalam takaful keluarga, risiko yang dilindungi akan meningkat mengikut tempoh kontrak. Semakin panjang tempoh kontrak, semakin tinggi risiko kemortalan kerana ia meningkat mengikut pertambahan usia peserta. Semakin meningkat usia peserta, semakin tinggi kemungkinan peserta ditimpa sakit atau menghidap sesuatu penyakit. Sebaliknya, dalam takaful am, risiko yang dilindungi mungkin semakin menurun mengikut peredaran masa kerana peserta mungkin melaksanakan langkah-langkah pencegahan risiko (umpamanya melaksanakan pengurusan risiko).

  8. Kontrak Kesertaan (Contract of Adhesion)

    Takaful keluarga adalah kontrak yang mengikat.Pihak pertama iaitu pengendali takaful mengeluarkan kontrak dan pihak kedua iaitu peserta tidak berhak untuk mengubah kontrak.Peserta hanya boleh menerima atau menolak kontrak berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang kesamaran atau tidak jelas dalam kontrak, ia boleh dibawa kemahkamah dan biasanya keputusan mahkamah akan lebih memihak kepada peserta.
 

PENGENALAN TAKAFUL KELUARGA

Takaful Keluarga adalah skim takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada peserta.

Peserta Takaful Keluarga akan menyumbang sejumlah wang ke dalam dana Takaful. Sebahagian daripada sumbangan itu akan dikumpulkan di bawah satu dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) di bawah konsep tabarru ' (derma) dan sebahagian yang lain akan digunakan bagi tujuan simpanan dan pelaburan (Akaun Peserta atau AP). Bahagian yang diagihkan ke AKP akan digunakan untuk memenuhi kewajipan bantuan bersama, sekiranya mana-mana peserta menghadapi nasib malang yang timbul dari kematian atau hilang upaya kekal. Pengendali Takaful akan melabur melalui simpanan peserta dalam AP dan keuntungan yang diperolehi akan dikongsi antara peserta dan pengendali Takaful mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

Sekiranya peserta ditimpa musibah, waris peserta akan dibayar pampasan dengan manfaat kewangan daripada AKP. Walau bagaimanapun, sekiranya peserta masih hidup sehingga ke tarikh matang pelan, dia layak berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada. Peserta juga layak menikmati kemudahan pelepasan cukai apabila dia menyertai.

_________________________________________________________________________

DAPATAKAN SEBUT HARGA PERCUMA BAGI PELAN TAKAFUL ANDA SEKARANG...!!!

HUBUNGI/SMS KAMI DITALIAN : 018-3171527