Takaful Keluarga adalah skim takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada peserta.
Peserta Takaful Keluarga akan menyumbang sejumlah wang ke dalam dana Takaful. Sebahagian daripada sumbangan itu akan dikumpulkan di bawah satu dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) di bawah konsep tabarru ' (derma) dan sebahagian yang lain akan digunakan bagi tujuan simpanan dan pelaburan (Akaun Peserta atau AP). Bahagian yang diagihkan ke AKP akan digunakan untuk memenuhi kewajipan bantuan bersama, sekiranya mana-mana peserta menghadapi nasib malang yang timbul dari kematian atau hilang upaya kekal. Pengendali Takaful akan melabur melalui simpanan peserta dalam AP dan keuntungan yang diperolehi akan dikongsi antara peserta dan pengendali Takaful mengikut nisbah yang telah dipersetujui.
Sekiranya peserta ditimpa musibah, waris peserta akan dibayar pampasan dengan manfaat kewangan daripada AKP. Walau bagaimanapun, sekiranya peserta masih hidup sehingga ke tarikh matang pelan, dia layak berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada. Peserta juga layak menikmati kemudahan pelepasan cukai apabila dia menyertai.
_________________________________________________________________________
DAPATAKAN SEBUT HARGA PERCUMA BAGI PELAN TAKAFUL ANDA SEKARANG...!!!
HUBUNGI/SMS KAMI DITALIAN : 018-3171527
No comments:
Post a Comment