Monday, July 6, 2015
Hanya dengan menyimpan RM150.00 anda dapat memiliki medical card..huhu
IKHLASlink Secure Takaful ialah pelan Takaful komprehensif yang berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua perlindungan dan pelaburan. Pelan ini menawarkan pakej holistik dengan rider-rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama yang antaranya seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan. Selain itu, anda hanya perlu menyertai pada satu jumlah Sumbangan Takaful bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh.
Sunday, July 5, 2015
Bahaya Hutang Menurut Islam- Saja nak refresh balik..huhu
Assalamualaikum wbt,
Saya mendoakan anda semua terkhabar sihat hendaknya. Penjam celik dah nak rayakan?Hari ni kita dah berpuasa selama 19 Ramadhan.. Sebelum tu nak ucapakan selamat menyambut hari raya maaf zahir dan batin. Berbelanja dengan berhemah dan pandu berhati-hati.. :-D
Ok hari ni saya nak kongsikan 1 topik daripada ustaz zaharuddin tentang bahaya hutang menurut islam, huhu... saya pun banyk juga hutang tengah merancang macam mana nak kecilkan hutang tersebut.. Jommm sama2 kita baca dan cuba perbaiki..

Fenomena Hutang Dan Keburukannya
Oleh :
Zaharuddin Hj Abd Rahman
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Sila rujuk www.zaharuddin.com.
Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Minggu ini, sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
- a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
- b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
- c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
- d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
Wednesday, July 1, 2015
IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider
IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider,
anda tidak perlu risau tentang kos penghospitalan dan perubatan apabila musibah melanda
dan anda dimasukkan ke hospital. Pelan ini meringankan beban kewangan anda.
Ini adalah rider Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan (H&S) yang dijamin pembaharuan
yang berunit deduktif dan boleh disertakan kepada pelan-pelan Takaful berkaitan pelaburan
di mana Sumbangan Takaful adalah berkala.
Ganjaran : Jika Tiada Tuntutan Sekiranya tiada tuntutan dibayar di bawah Sijil Takaful Tambahan ini untuk tempoh berterusan selama kitaran tiga (3) tahun, kelayakan Bilik Hospital & Makanan akan dinaikkan untuk kitaran tiga (3) tahun berikut sebanyak 10% daripada jumlah asal kelayakan Bilik Hospital & Makanan. Peningkatan dalam kelayakan Bilik Hospital & Makanan akan berterusan setiap kitaran tiga (3) tahun, tertakluk kepada peningkatan Bilik Hospital & Makanan tersebut tidak melebihi seratus lima puluh peratus (150%) daripada jumlah asal dan tiada tuntutan dibuat dalam tempoh masa kitaran tiga (3) tahun yang lepas dan sebelum kelayakan Bilik Hospital & Makanan ditambahkan.
Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar? Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang dikenakan ke atas Rider ini kerana caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful Asas. Walau bagaimanapun, caj Tabarru’ adalah TIDAK DIJAMIN dan boleh berubah dari semasa ke semasa dengan memberi tiga (3) bulan notis kepada Peserta Takaful sebelum ulang tahun Sijil Takaful.
Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? a) Yuran Wakalah - tidak dikenakan. b) Caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful asas. Tabarru’ akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang Yang Dilindungi. c) Satu yuran pengurusan sebanyak RM56.20 akan dikenakan setiap tahun terhadap setiap Peserta Takaful di bawah Sijil Takaful Tambahan ini. * Nota: Caj Tabarru’ dan yuran pengurusan akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful asas (melalui penolakan unit-unit mengikut harga unit).
Syarat dan Had Umur Umur Kemasukan: Peserta Takaful : 11 – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang Orang Yang Dilindungi : 30 hari – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang Nota: Peserta Takaful yang berumur antara 11 – 16 tahun hendakalah mendapat persetujuan daripada ibu bapa/ penjaga. Had Amaun Perlindungan: Had Seumur Hidup Minimum: RM650,000 (Pelan 100) Had Seumur Hidup Maksimum: RM3,500,000 (Pelan 700) Umur Matang: Orang Yang Dilindungi mencapai umur seratus (100) tahun, pada hari jadi akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)