IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider,
anda tidak perlu risau tentang kos penghospitalan dan perubatan apabila musibah melanda
dan anda dimasukkan ke hospital. Pelan ini meringankan beban kewangan anda.
Ini adalah rider Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan (H&S) yang dijamin pembaharuan
yang berunit deduktif dan boleh disertakan kepada pelan-pelan Takaful berkaitan pelaburan
di mana Sumbangan Takaful adalah berkala.
Ganjaran : Jika Tiada Tuntutan
Sekiranya tiada tuntutan dibayar di bawah Sijil Takaful Tambahan ini untuk tempoh berterusan
selama kitaran tiga (3) tahun, kelayakan Bilik Hospital & Makanan akan dinaikkan untuk
kitaran tiga (3) tahun berikut sebanyak 10% daripada jumlah asal kelayakan Bilik Hospital &
Makanan. Peningkatan dalam kelayakan Bilik Hospital & Makanan akan berterusan setiap
kitaran tiga (3) tahun, tertakluk kepada peningkatan Bilik Hospital & Makanan tersebut
tidak melebihi seratus lima puluh peratus (150%) daripada jumlah asal dan tiada tuntutan
dibuat dalam tempoh masa kitaran tiga (3) tahun yang lepas dan sebelum kelayakan Bilik
Hospital & Makanan ditambahkan.
Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?
Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang dikenakan ke atas Rider ini kerana caj Tabarru’ akan
ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful Asas. Walau bagaimanapun, caj Tabarru’
adalah TIDAK DIJAMIN dan boleh berubah dari semasa ke semasa dengan memberi tiga (3)
bulan notis kepada Peserta Takaful sebelum ulang tahun Sijil Takaful.
Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?
a) Yuran Wakalah - tidak dikenakan.
b) Caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful asas. Tabarru’ akan
meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang Yang Dilindungi.
c) Satu yuran pengurusan sebanyak RM56.20 akan dikenakan setiap tahun terhadap setiap
Peserta Takaful di bawah Sijil Takaful Tambahan ini.
* Nota: Caj Tabarru’ dan yuran pengurusan akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil
Takaful asas (melalui penolakan unit-unit mengikut harga unit).
Syarat dan Had Umur
Umur Kemasukan:
Peserta Takaful : 11 – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang
Orang Yang Dilindungi : 30 hari – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang
Nota: Peserta Takaful yang berumur antara 11 – 16 tahun hendakalah mendapat persetujuan
daripada ibu bapa/ penjaga.
Had Amaun Perlindungan: Had Seumur Hidup Minimum: RM650,000 (Pelan 100) Had
Seumur Hidup Maksimum: RM3,500,000 (Pelan 700)
Umur Matang: Orang Yang Dilindungi mencapai umur seratus (100) tahun,
pada hari jadi akan datang.
No comments:
Post a Comment